koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 September 2013
Mentera raja.
Kutabur halus kemenyan cinta
merebak asap semerbak aroma
mengatur langkah mula bicara
bersimpuh duduk beralun mentera
teratai kupetik bersusun di meja
mengharap tetamu datang menjelma
bersatu jasad bersatu jiwa
merayap melata di segenap buana
wahai dara si ayu jelita
datang padaku duduk di riba
akan kudakap dirimu mesra
selagi hidup selagi bernyawa
terlakar senyuman tawanan minda
melirik manis di tangkai muara
menjadi hamba menurut kata
di kamar beradu membelai beta.
Berpimpin tangan di alam syurga bahagia.
Sazalee Sulaiman ... 30/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment