koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 28 September 2013
Pesan kakak.
Dik!
jangan suka bermain api
nanti yang melecurnya engkau juga
dik...
jangan suka menumpang
dahan yang sudah berbunga
kelak berdarah tertoreh durinya.
Engkau masih muda
hidupmu bagai pelangi
penuh warna warni
lihat lorong di hadapanmu
begitu luas terbentang
penuh cemerlang.
Mengapa pendampingku juga yang kauidam
rasa ingin ketawa bimbang kauterluka
tidakku bersedih dik
malah belas dengan rayuanmu.
Kembalilah dik
ke pangkal hidupmu
moga bahagia sentiasa milikmu.
Cahaya Laila
28 Sept 2013
Klang Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment