koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 25 September 2013
PANTUN BEBAS 3
Duduk mengerat batang halia,
memasak rendang dengan kurma;
hidup bermasyarakat amalan mulia,
susah senang hadapi bersama.
Terbitnya fajar menanak nasi,
ikan gelama bersambalkan lada;
cikgu mengajar penuh dedikasi,
murid menerima selapangnya dada.
Daun kemangi di atas titi,
anak itik di tengah halaman;
tua disanjungi muda dihormati,
adab diturunkan sepanjang zaman.
Ke Inderagiri menyusur paya,
di Pengkalan Hulu berhenti rehat;
islam berdiri di atas tiangnya,
amalkan selalu pasti selamat.
Qalam Bertinta
Klang
24092013
0913am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment