koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 29 September 2013
PESAN ABANG (Sambungan dari sajak PESAN KAKAK oleh Cahaya Laila)
Dik!
ingin abang berpesan padamu
tentang sebuah harapan
yang sering engkau luahkan
di mukabuku ini
untuk satu cinta
yang mungkin engkau dambakan.
Dik!
puisi abang mungkin mengasyikkan
bait-bait kata yang abang susun
mungkin bisa mencairkan hatimu
namun ketahuilah dik
puisi abang hanya imbasan pengalaman
atau mungkin juga lantunan perasaan
dan mungkin juga mainan ilusi
lalu abang terjemahkannya
dalam susunan aksara
yang kita namakannya puisi.
Dik!
abang berkarya kerana minat
juga kerana sedikit bakat
yang dianugerahkan-Nya
bukan untuk dipikat
apa lagi untuk abang memikat
kerana hati dan cinta ini
sudah lama terikat
kata dan janji sudah sepakat
akan bersama di dunia dan akhirat
bersama Cahaya Laila cinta telah abang nobat.
Dik!
pesan abang
jangan cuba berteduh
di bawah naungan cinta
yang telah ada penghuninya
dan pesan abang lagi
jangan mudah menyerahkan cinta
pada kenalan yang hanya dikenali
di mukabuku ini
kerana di sini
lebih banyak yang hipokrit dari yang jujur
lebih banyak yang palsu dari yang asli
jangan sampai engkau kecundang
dan menangis dalam rentak yang menggila
yang engkau sendiri
tidak akan tahu akan iramanya.
Pesan abang yang terakhir untukmu dik
jaga adab sopanmu sebagai gadis melayu
dan yang penting jaga maruah suamimu
andai engkau sudah bergelar isteri.
Ingat pesan abang yea dik... .
Qalam Bertinta
Klang
29092013
1149am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment