koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 30 September 2013
Segeluk air beralas talam.
Kucelakkan jiwa berinaikan bara
resah di kalbu dicumbu ragu
ubun berpayung ralit merenung
semalam berjanji engkau mungkiri
tinggallah aku menopang dagu
petang berbahang kuulitkan mayang
syair kuilham mentera gurindam.
Segeluk air beralas talam
kutilik mendalam.
Sazalee Sulaiman ... 30/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment