koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 29 September 2013
Terpampang jua.
Di lantai ini aku telanjang
dibogelkan
oleh kamu yang sentiasa peka
dalam pemerhatian
mencari peluang
dan ruang
mengintai dalam kesamaran
menanti masa dan ketika
yang sesuai
untuk melucutkan keegoaan
aku.
Sehingga akhirnya
tertewas juga aku, dalam kekaburan
yang sengaja aku kabuskan
tentang cinta, cintaku terhadapmu.
Aku mengaku
aku amat, teramat
amat menyintai kamu
... kekasihku.
Sazalee Sulaiman ... 29/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment