koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 14 February 2014
SIFAT DAUN PANDAN
Sebatang dikerat
bertambah-tambah tunas melekat
tidak pupus tumbuhnya melata
walaupun kejam tangan mengerat
rakus mencabut, kianat
pandan tetap berbakti, tetap memberi
aroma wangi di subuh sunyi
menerawang ke hidung
belum tersumbat.
Membelai kesumat, iltizam keramat.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
14/02/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment