koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 2 February 2014
DEBU KEMATIAN
Kuatur bilah-bilah keupayaan yang semakin mengering dan layu
menapak dalam waktu kepayahan yang mencabar minda dan tubuhku
dan debu-debu yakin berterbangan dibawa angin keputusasaan
sehelai daun percaya jatuh ketika aku memangku cebis harapan
hancur dimamah tanah kecewa yang mengunyah lumat
cuba menelan namun tersekat di kerongkong payah
lalu terlantar dalam sakit yang mencincang jiwa.
Pendakian ini begitu memenatkan
langkahan sepertinya memberatkan mengusung jasad
menyulam senyum penghidang tamu ditari siang
nafasku menyusur dipagut arus kengerian
gemanya mengucup biru langit lazuardi
diguncah mendandani hangat nadi yang terbenam
ditembang sengsara yang tak pernah jemu menyuap
seakan terbakarnya talkin di pantai tujuh benua
merembas tubuh yang menerjah di balik celaka yang jatuh
ketika bunga waktu gersang di langkahi angin gagah yang berlenggang
jenak memerhati tanpa kaki dan sayup kicau
dan istirah bernyanyi dalam debu kematian yang berdengkur.
Qalam Bertinta
Klang
02022014
1309pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment