koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 15 May 2014
PENYAIR BONGKAK DAN PENYAIR HINA
Tuan umpama merak bertaman
telah ternama zaman-berzaman
syair diilham syair pedoman
menabur bisa dalam hentaman
sedangkan hamba merak dihina
bermain syair luahan zina
setahun jagung ubun berwarna
syair direka mainan rona
walaupun lain ruang dan waktu
tidak bersua tidak sekutu
di kanvas maya syair bersatu
minda terjamu tidak menentu
titik kesamaan jelas dirai
bongkak dan hina sama selari
tunas yang ikhlas kita terokai
beri nasihat syair disyairi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS
15/05/2014
09.00am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment