koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 8 December 2012
Keikhlasan
Ikhlaskah pepohon itu
ketika jatuh ia ditebang
mereput di atas tanah
menjadi mangsa makhluk serakah
tamak dan haloba
rakus untung direbus
jongos hidungnya berhingus,
balaknya diangkut
perdunya dibiarkan berlumut
dan umbut,
umbutnya yang lembut
menjadi sarang anai-anai juga sang semut
walau dahulunya gah
perkasa
tersergam indah wujudnya megah.
Namun tidakkah kaulihat apa yang aku nampak
di sebalik pepohon yang kopak dikapak rabak
bertunas benih mekarnya sejambak
sebagai kelangsungan dirinya yang berhati mubarak.
Jadi jangan ditanya di mana letaknya keikhlasan
biarkan sahaja tanpa dipersoalkan.
ss/spl/pm ... 08/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment