koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 8 December 2012
Musim Berganti
Sejambak mawar
menghiasi halaman hati
tiga kuntuman
setangkai dikongsi
satu mekar
merah kelopak bunganya
harum mewangi
setanggi cinta yang abadi
namun dua lagi
kelayuan
setelah lama mekar kembangnya
menunggu masa untuk gugur
menyembah bumi
hilang
dan lenyap tiada dikenangi hati
tidak diperlukan lagi.
Ingatlah kamu wahai mawar cinta abadi
contohnya telah pun diberi
mekarmu tidak selamanya berseri
pandai-pandailah engkau menghargai diri.
Musim bunga pasti berlalu pergi.
ss/spl/pm ... 08/12/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment