Thursday 10 January 2013

LAKARAN CINTA SEKEPING HATI

Aku mungkin bukannya seperti Leonardo Da Vinci
yang melakarkan potret Monalisa
dengan penuh indah dan seni
yang dilahirkan dengan sepenuh hati dan jiwanya.

Aku juga bukan Shah Jehan
membina Taj Mahal buat Mumtaznya
untuk dijadikan lambang sebuah cinta
dan semestinya aku juga bukan seperti Romeo
yang membiarkan Juliet mati
kerana terlalu akur pada keadaan.

Namun aku hanyalah seorang lelaki
yang hanya mampu melakar wajahmu di kanvas hati
yang hanya terdaya membina menara cinta
sekadar di puncak teratas dalam jiwaku
dan lelaki yang hanya akur pada ketentuan Ilahi
tidak sekadar pasrah pada kehendak insan.

Cuma yang aku tahu
cinta bukan sekadar pada paparan potret nyata
bukan juga pada binaan indah menjulang awan
tidak juga berjanji untuk mati bersama
cinta suci sentiasa ada di hati dan jiwa
sentiasa hidup dan tidak pernah mati
tidak pernah bersemadi abadi
sentiasa ada walaupun tiada
dan sentiasa memerlukan walaupun menolaknya.

Qalam Bertinta
09012013
2347pm

No comments:

Post a Comment