koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 30 January 2013
Misteri Terompah Berbunyi II.
Terompah kayu puisi kutari
sebagai lambang warisan seni
bukalah mata bukalah hati
kujadikan misteri beralas puisi,
di langit jingga aku berperi
agar bidalan lebih misteri
semoga ada yang dapat menyerapi
di sebalik misteri ada yang tersembunyi,
warisan seni kian menyepi
meningkatnya zaman semakin dilupai
terompah berbunyi simbolik kuberi
agar dikembalikan dapat dikongsi,
anak dan cucu jangan dikaburi
nanti terompah tidak dikenali
hilanglah seni warisan asli
selipar Jepun terus diagung-agungi,
dahlah penampar Jepun masih berbirat di pipi.
ss/spl/pm ... 29/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment