koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 28 January 2013
Halaman sandiwara.
Bermain kata berolah madah
ada ketika sampai berbalah
seringkala tergigit lidah
suka bersengketa tak sudah-sudah,
ada pula yang bermain helah
kasih dan cinta minta disedekah
cinta ditolak mulalah mengelabah
habis dihebah tohmah dan fitnah,
inilah halaman jatuh dan rebah
penuh dengan sumpah dan seranah
melimpah najis bersepah-sepah
dalam tong sampah melimpah ruah,
bukan semua tidak bermaruah
kehormatan diri masih di sejadah
cuma segelintir yang haram jadah
dalam edah menggatal sudah.
Halaman sandiwara, inilah kisah.
ss/spl/pm ... 28/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment