koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 30 January 2013
Mmmm! Asalkan ada.
Malam ini malas menerpa
menerjah dada rawan menggoda
hendak berpuisi nafsu tiada
kuhayunkan jari kulayarkan rasa,
kuambil kesempatan untuk membaca
karya-karya teman pujangga
namun malas menerjah angkara
dua rangkap termati selera,
Ahh! ... semakin lama semakin berkira
karya pujangga termati ilhamnya
angkara malas beronar durjana
kutamatkan karya yang entah apa-apa,
asalkan ada buat pelepas gian bersisa.
ss/spl/pm ... 30/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment