koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 28 January 2013
Halaman sandiwara II.
Apa rasanya jika kita dipaksa
melakukan kerja yang kita tak suka
pasti menyumpah kerana tak rela
berat hati ingin melakukannya,
begitu juga makanan dibenci
pandang sahaja tekak dah geli
tutupkan mata roma berdiri
tekak menelan terus ke pundi,
bila demam ubat dijamu
dah naik loya tekakpun jemu
dipaksa misi kalau tak mahu
mukanya ketat hati berbulu,
begitulah perumpamaan aku berikan
aku bidalkan buat pedoman
aku tak suka dipaksa-paksakan
cinta bagiku bukan barang dagangan,
bukan resmi aku di halaman muka buku.
ss/spl/pm ... 28/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment