koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 23 January 2013
~~Retorik Cinta Si Adam~~
Dalam suram suram cahaya neon
terukir senyuman si Hawa yang manis bak gula
sesekali diselangi suara-suara lembut
juga tawa bernada ghairah
si Hawa menjeling penuh makna,
pada mata-mata si Adam yang curi-curi mengintainya
tanpa disedari mata si Adam telah menelanjangi setiap inci tubuhnya
bangga meresapi diri
lalu jari jemarinya dilentik indah
tubuhnya meliuk lentuk mengikut irama
goyangan pinggulnya meruntuhkan jiwa
sehingga si Adam menelan liur lalu mengurut dada
Ahh si Hawa,
lupakah kamu?
dirimu yang sebegitu cuma perhiasaan dunia yang fana
cuma membahagiakan si Adam yang bermata jalang
bertonggakkan nafsu semata
si Adam yang sifatnya seperti mata kail
bersalut umpan enak tapi nian menyakitkan
yang konon menghulurkan cinta
namun inginkan habuannya!!!
wahai si Hawa,
tidakkah kamu tahu
maruahmu bakal diragut dan diinjak injak si Adam?
tatkala si Adam berjaya merangkul tubuh mulusmu,
tatkala keinginan si Adam terlampias
dirimu akan dibuang seperti sampah di jalanan!!!
kini si Adam berbicara tentang Romeo dan Juliet
tentang agungnya cinta Qaisy dan Laila,
kerna si Adam tahu,
dirimu akan terpedaya dengan retorik cinta agungnya
yang rela mati demi cinta!!!
yang rela berkorban demi kekasihnya!!!
wahai si Hawa...
pulanglah dari lembah itu
pulanglah ke tempat asalmu
pulanglah ke daerah sucimu
pulanglah sebelum si Adam berjaya menghancurkan dirimu
pulanglah
pulanglah
pulanglah..........
~~VIVIANURAZURA~~
230113 20:35
LUMUT,PERAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment