koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 27 January 2013
Hati yang disagat karat.
Hati,
kalau dah berkarat
ubat dikatakan julap, kelat
bukannya nak terima hakikat
malahan segala nasihat
dia buat-buat tak dengar, tak lihat
ingat tak ingat
bumi ini selamanya bulat
kena selalu beringat.
Ingat!
Pasti satu ketika dan saat
bumi akan menjilat.
ss/spl/pm ... 27/01/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment