Saturday, 26 January 2013

‎~~Wacana Cinta Buatmu~~


Aku anyam bait-bait kata
Aku susun menjadi bicara
Lalu kulayangkan buatmu,
wacana cinta ikhlasku,
kerna...

sepanjang jalan kehidupan
engkau sentiasa denganku
sepanjang laluan dan likuan
engkau sentiasa memegang erat tanganku
engkau berikan aku semangat nan waja
engkau berikan aku senyum dan tawa
engkau berikan aku cinta
engkau berikan aku doa....

Biar apapun dikata,
engkau tetap setia
Biar disumpah seranah,
engkau tidak pernah melatah ataupun goyah
Biar dikutuk biar diprovok
kepercayaanmu tetap utuh laksana tembok....

Sayangmu tidak pernah pudar
rindumu tetap juga mekar
Kasihmu tidak pernah kurang
cintamu tidak pernah hilang....

Saat aku rebah tersadung,
engkau ada untuk menolong
tidak sekalipun aku menyembah bumi
dengan ada hadirmu di sisi
engkau sambut dan ulit diriku
sehingga aku terlupa pada kesakitan itu....

sesungguhnya....
engkau ibarat kekuatanku untuk melangkah
engkau ibarat udara untuk kusedut
engkau ibarat tebing untukku berpaut
engkau ibarat pelampungku tatkala hanyut....

Terimakasih...
terimakasih kerana sentiasa bersamaku
terimakasih kerana begitu menyayangiku
terimakasih kerana memberikan aku cintamu
terimakasih kerana menjadikan aku tulang rusukmu
Terimakasih sayangku....

~VIVIANURAZURA~
260113 01:17 am
LUMUT,PERAK

No comments:

Post a Comment