BICARAKU HANYA PERCA KATA
Di maya ini aku hanya sendirian
begitu kerdil lesu tanpa apa-apa
mungkin aku tidak mengerti bahasa mereka
bahasa mereka bahasa indah
bahasa aku hanya perca kata
mungkin kita tak sama darjat
hanya aku teruja turut serta
demi melaksana secarik cita-cita
tapi tidak bermakna aku sanggup dicerca
dalam manisnya bahasa.
Biarpun hati terluka
luka yang sangat terasa pedihnya
lebih luka tangan kananku tidak membela
kerana dia jauh dari hati
untuk merasa apa yang tersirat dalam makna
hanya dalam mimpi semuanya indah belaka.
Namun aku tetap berdiri di sini
kerana di sini aku bebas meluah kata
meskipun bukan semua yang suka
aku bukanlah si cantik jelita
atau si bijaksana aku hanya insan biasa
walau tiada siapa sudi mendengar aku berbicara
hanya tersenyum bila aku dicerca
tapi aku pasti Allah s.w.t sentiasa bersamaku.
Cahaya Laila
2 July 2013
No comments:
Post a Comment