koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 20 July 2013
PELANGI BERNAFIRI.
Katakanlah!
Yang aku sedang merindu ketika ini
asyik dalam lamunanku
tiada destinasi yang pasti
bertebaran di langit yang kelam
di sayap beningnya malam
tanpa tempat untuk aku labuhkan tumitku ini
kaku, di angkasa sunyi
sepi
di lengkung pelangi bernafiri
... mahukah engkau
menyediakan destinasi
dihajati
mahligai di hati.
Katakanlah!
Katakanlah kepadaku
... mahukah kamu
berkongsi.
Maka berbunyilah nanti, nafiri.
Sazalee Sulaiman ... 20/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment