koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 8 July 2013
PERTAHANKAN JATI DIRI BAHASA KITA.
Adunkanlah bahasa
dengan secukupnya perencah
agar masaknya nanti
cantik dan menarik mata
selera. Untuk disentuh, untuk dirasa
untuk dijamah dan dihadamkan
dengan keenakan
sentuhan dari kasih dan sayang
mengikut acuan
yang telah tersedia
oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kekalkan jati diri, bahasa, bangsa kita.
Sazalee Sulaiman ... 08/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment