koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 4 July 2013
RENUNGAN.
Yang pahit itu jadam dan jadam itu adalah sejenis ubat yang pahit untuk ditelan walaupun ia adalah untuk menyembuhkan kesakitan di dalam perut, sama juga seperti kata-kata nasihat yang aku berikan sebagai renungan...terkadang amat pahit untuk ditelan, diterima akal namun ia adalah untuk kebaikan bersama...kerana bagiku adalah terlebih baik mencegah dari mengubati, sebelum semakin jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnya.
Gunakanlah akal untuk berfikir bukan hati yang semakin menjeruk rajuk.
Sazalee Sulaiman ... 04/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment