koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 4 July 2013
SENJA BERDULANG.
Hormat menghormati
harus kita amali
baru kekal terlastari
sifat-sifat terpuji
hidup berkongsi.
Yang tua digendung
yang muda didukung
baru tersanjung
congak dan hitung
sama-sama beruntung
Janganlah menyombong seandainya berilmu
hanya memandang sepi yang bukan sekufu
harus beringat jauhi berseteru
bantu membantu - bahu membahu
duduk sebangku.
Ingat selalu!
Langit senja pasti akan berlalu
janganlah membangga riak di dada waktu
yang senja pernah berpagian dahulu
pernah juga berhujan di tengah hari mendagu
jadinya ... usahlah lokek - kedekut ilmu.
Kerana ilmu bukan hanya milikmu
tidak terbawa ke liang lahad, kuburmu
aku hanya melahirkan apa yang terbuku
tiada yang lama tiada yang baru
tiada yang baru tiada pula yang lama sebagai guru.
Di senja usang aku berdulang.
Sazalee Sulaiman ... 04/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment