Friday, 5 July 2013

TAHUKAH ENGKAU


Tahukah engkau sedalam mana kasihku
tahukah engkau setinggi mana rasa sayangku
tahukah engkau sehebat apa rinduku ini
tahukah engkau apa yang sedang aku rasai kini

Kautidak akan tahu kerana kautidak pernah mahu tahu
kautidak akan tahu kerana kautidak mungkin ambil tahu
genggamlah sekuat hatimu segala rasa yang aku miliki
agar kautahu apa yang sedang aku rasai kini…

Cahaya Laila
5 July 2013

No comments:

Post a Comment