koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 5 August 2013
BOYOT.
Mungkinkah ini yang dinamakan dugaan
di pencarian al-qadar idaman
penuh ujian dan cubaan meluluhkan keimanan
berselirat memasung kudrat siuman.
Di petang yang hangat
peluh berguguran tidak beringat
basah di wajah belikat
hampir terpejam, mata bertongkat.
Aduhai! ... dendangan mula kedengaran
setelah duapuluh tujuh hari menyepi dari pendengaran
bahana kerja di waktu kesiangan
menggamit pesona nafsu mula kelaparan.
Sabarlah wahai perut, sabarlah wahai tembolok
akan aku ikat kamu di pokok
bergantung-gantungan terlenggok-lenggok
dibadai bayu engkau terpelesok.
Jangan engkau menyuruhku membengkok
menyubur boyot.
Sazalee Sulaiman ... 05/08/2013
Nilai,Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment