koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 August 2013
GURINDAM BERLAPIS MENYENTUH LEBARAN 5.
Uban di janggut bukannya bedak
jauh dari si umpan dedak
opocot omakkau, lahabau punya bapak budak.
Riuh rendah gelagat si anak
bermain mercun menyakat emak
si anak dara ke dapur menanak.
Ucapan sayang di angin lalu
sebagai pengganti tiadanya aku
di angin lalu bingkiskan hatiku.
Lutut gigil menyentuh bumi
membasah keringat dingin di dahi
bersyukur jiwa kemenangan dirai.
Sazalee Sulaiman ... 03/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment