koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 4 August 2013
GURINDAM: SECAWAN KOPI SASTERA.
Kopi sastera kuhidang secawan
sebagai pembuka gurindam berkiasan
untuk teman yang baru berkenalan.
Kopi sastera menjadi idaman
langkah berteman bukannya pahlawan
jauh sekali untuk bermusuhan.
Kopi sastera nikmat menawan
mata mengantuk segar kemudian
jari ligat menari bingkisan.
Kopi sastera memang menyegarkan
menyentuh ukhuwah salam bersalaman
teman berteman berkarya ilmuan.
Kopi sastera aku singkatkan
memberi jalan ilham berpeleseran
akan datang di lain keluaran.
Salam kopi sastera para karyawan.
Sazalee Sulaiman ... 05/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment