koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 11 August 2013
MI BANDUNG MUAR PUNYA KISAH.
Penat beraya semakin bertambah
dari pagi hinggalah petang menjengah
di pentas lebuhraya kakiku mengah
menjaga kelajuan takut polis menyergah.
Dari Gambir ke Klebang Besar aku menyinggah
beraya sakan sampai aku termuntah
mi bandung Muar menggamit aku berarah
bukan di Johor tapi di Melaka aku mentedarah.
Sedap punya pasal aku tak kesah
di pekan Muar semua kedai tutup itulah kisah
nasib baik beraya ke rumah kakak iparku Puan Aminah
dapatlah juga aku melepaskan hajat yang parah.
Aduhai! ... inilah kisah yang tak sudah-sudah
beraya sakan melepaskan dendam berdarah
sampai ke Nilai aku terkapar di lantai rumah
melayan letih, mukabuku pula aku meratah.
Mi bandung Muar di lebaran yang indah.
Sazalee Sulaiman ... 11/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment