koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 11 August 2013
RINDU REMPEYEK.
Biar papa asalkan bergaya,
walaupun hutang bertempek-tempek;
indahnya suasana di hari raya,
rindu di hati pada rempeyek.
Mandi sunat di pagi Syahwal,
sebelum ke surau bersalam-salaman;
sayang gigi gugurnya awal,
hanya memandang rempeyek kegemaran.
Ilmu pahlawan di dada yang bidang,
di hari lebaran mendapat gelaran;
ketupat dan rendang telah terhidang,
kulupakan rempeyek di hari lebaran.
Sazalee Sulaiman ... 10/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment