koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 1 August 2013
SEMALAM.
Semalam tiba
menghitung duka lara
gurisan pahat
semalam pergi
membawa genang sepi
sapaan sunyi
semalam ajar
peritnya pengalaman
jerih dan perih
semalam semat
berlakaran sejarah
cinta meluka
semalam biar
menjadi kenanganku
di hati pilu
dan
semalam sendu
embun menitis tangis
di kalbu sayu.
Sazalee Sulaiman ... 01/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment