Sunday, 4 August 2013

Sistem yang Pincang


saban hari beronar
adegan jenayah terpapar
sana sini tersebar
keselamatan kian tercalar
hidup aman kian tercabar

di mana bermulanya akar?
padaku sistem yang pincang telah menjalar
kelemahan yang tidak mahu didengar
pemimpin sibuk dengan politik dalam pagar
gagal membulatkan suara membendung pencakar

pasukan besar
tak menjamin mencapai sasar
strategi tepat perlu dikibar
biar gerun penjenayah tegar
menghormati undang-undang tersiar

bangkitlah pembesar
sebelum barah kian menular
kaji selidik mematahkan selumbar
yakinkan rakyat keselamatan tak tercemar
terkawal dari anasir yang mengelar.

CNM, 4/8/13, THMK.

No comments:

Post a Comment