koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 19 August 2013
TIDAK AKAN AKU MENGALAH.
Tiga barisan
tujuhbelas suku kata
masih tercari lagi ayat pemutus
kepada kata bermusim
dan pembayang
yang cuba aku gambarkan
tentang musim hujan
yang kini telah tiba di waktu subuh
di Nilai Negeri Sembilan.
Muntah berbuih hijau
masih bercampur darah
hamis dan amat memualkan
namun tetap aku cuba
untuk
menyelesaikannya.
Selagi urat saraf tidak terputus.
Sazalee Sulaiman ... 19/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment