Friday, 13 September 2013

BELIKAT BERKARAT.


Malam Jumaat 
malam penuh nikmat
berkeramat
untuk yang sentiasa beringat.

Amalan sunat bersyafaat
bertadarus bak keringat
wirit amalan sihat
janganlah nak cepat-cepat.

Tertib dalam beribadat
kerjakan juga solat sunat
itu pesanan ustaz penuh makrifat
tersenyum bermuslihat.

Tetapi ... ,

mataku dah benar-benar kelat
bukan nak mengelat
memang aku dah tak larat
sungguh; kuucapkan salam selamat

... selamat malam sahabat-sahabat.

Kututup pintu kamar rapat-rapat
dengan senyuman meleret, tak ingat
tapi apa nak buat
bantal pelukku masih di pejabat.

Melepas lagi malam yang berkat
belikatku berkarat.

Sazalee Sulaiman ... 12/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment