koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 3 September 2013
BILA HILANG
bila hilang menyepi hati
terasa ruang meratap sunyi
dalam gelisah tercari-cari
tidak daya menipu diri.
bila rasa masih memuja
dingin pagi bagaikan senja
kosong diri meraung hampa
hilang akal bagaikan gila.
asyik merayu dalam diam
ingin menatap sebelum malam
bila dinihari mata terjaga
bermain mimpi mencari dia.
airmata menitis laju
bagaikan lelayang patah teraju
terawang-awang dalam khayalan
rindu menyapa dalam kenangan.
andai kasih masih berbunga
sukar merobek kelopak cinta
walau setapak ingin mengusir
terpaut kasih takkan mungkir.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
2 Sept 2013
11.44 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment