koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 1 September 2013
Cinta Ingin Mampir
kenapa sukar ia hadir
cuba kamu fikir;
bila ada rasa kasih
cepat-cepat kamu sisih
konon tak mahu ketagih,
bila ada rasa rindu
cepat-cepat kamu tutup pintu
konon tak ingin dibelenggu,
bila ada rasa sayang
cepat-cepat kamu buang
konon tak nak dikata gila bayang,
bagaimana cinta ingin mampir?
CNM, 1/9/13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment