koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 13 September 2013
KILAU SINARAN
Andai benar kasih belaian
tidaklah hati rasa terkilan.
walau diri bukan berlian
tetap berkaca memancar sinaran.
Kata dan tutur bagai manisan
bagai meneguk madu di telaga
meski sekadar kaca hiasan
tetap bercahya indah terjaga
Gilapkan hati bersih disental
jernih berseri rasa teruja
bila kaca umpama kristal
tetaplah hati asyik memuja.
Jiwa merana membawa lesu
jangan diturut membuat sebu
biar mutiara sekadar palsu
indah kilauan memukau kalbu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
13 Sept 2013
6.00 pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment