koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 18 September 2013
MINDA DAN MATA
Malam yang semakin berinjak
kedinginan pun mula menyapa
sepertinya aku ingin melontarkan diri
di pembaringan yang menggamit tubuh lesu ini
untuk aku kembali menunaikan fitrah mata
dengan menjenguk sebentar mungkin
ke alam mimpi.
Namun tubuhku masih berdegil
kelesuan seakannya mampu ditepis
jemputan untuk ke pembaringan
sepi dari keinginan minda
lalu aku masih setia di sini
di meja kecil yang telah menghimpunkan
segala kekuatan ilhamku
untuk aku terus berinteraksi
sehinggalah mindaku mengalah
pada tuntutan mata.
Qalam Bertinta
Klang
17092013
2207pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment