koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 14 September 2013
Paku nan sebatang dari belikat Padin Majid
paku nan sebatang
tidak akan pernah hilang
sentiasa terpandang
walau tidak dapat dipegang
biarlah paku itu menikam
mencucuk dalam diam
cedera, dihadam
berdarah usah direndam
kerana paku nan sebatang
hanya kiasan sebuah kehidupan
dihidu hidung yang matang.
Pulanglah paku nan sebatang
belikatmu sentiasa kami nantikan.
Sazalee Sulaiman ... 14/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment