koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 7 September 2013
PANTUN 8 KERAT
Dari Langkasuka membawa bebiri
bahtera dikemudi di senjakala
layar dilepas penuh waspada
agar tidak menuju ke barat
jangan suka meninggi diri
biar diri tahu segala
curahkan semua ilmu yang ada
moga dikenang sepanjang hayat.
Niat ke laut menjala tenggiri
nasi dagang jadikan bekalan
biar bertenaga hingga ke petang
untuk mendayung menuju pelabuhan
jangan suka menyombong diri
hidup berjiran jadikan amalan
nanti akan dipulaukan orang
kelak menyesal tiada kesudahan.
Qalam Bertinta
Klang
07092013
1117am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment