koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 7 September 2013
PANTUN AGAMA
Menanam padi di petang meredup,
bawa bekalan air dan pengat;
adab menjadi teras hidup,
bersendikan iman temani akhirat.
Gelap malam ditemani bulan,
dalam khayalan sambil berangan;
rukun islam jadikan amalan,
kukuhkan kepercayaan rukun iman.
Jangan segan belajar agama,
mengenal huruf banyakkan bersabar;
arahannya didengar jangan diingkar;
dengar pesanan alim ulama,
amal makruf nahi mungkar.
Menanam delima dan juga berangan,
dibaja dijaga sepenuh hati;
jika agama jadi pegangan,
janji-Nya syurga sudahlah pasti.
Ke Tanjung Sepat menjala kerisi,
terperangkap todak dan juga tenggiri;
iman tak dapat diwarisi,
jika tidak dicari sendiri.
Qalam Bertinta
Klang
07092013
1011am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment