koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 11 September 2013
PANTUN BERKAIT 2
Mengail ikan di hujung muara,
muara terletak di Teluk Benggala;
hidup bagaikan satu sandiwara,
pilihan watak penentu segala.
Muara terletak di Teluk Benggala,
cuacanya redup berkumpul saudagar;
pilihan watak penentu segala,
membimbing hidup ke arah yang benar.
Cuacanya redup berkumpul saudagar,
kelasi diupah berbadan sasa;
membimbing hidup ke arah yang benar,
barulah indah anugerah dirasa.
Kelasi diupah berbadan sasa,
bayaran didapati setiap hari;
barulah indah anugerah dirasa,
hidup dinikmati juga disyukuri.
Qalam Bertinta
Klang
11092013
1023am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment