koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 7 September 2013
PANTUN KASIH
Membancuh kopi di waktu subuh,
kuih dijamu berintikan kelapa;
di lantai sepi aku bersimpuh,
menunggu cintamu datang menyapa.
Pucuk paku lebat di hutan,
pokok selasih di celah batu;
kumaharkan cintaku sebagai hantaran,
di pelamin kasih kita bersatu.
Duduk di pangkin makan rambutan
di tepi paya letaknya kebun;
cintaku mungkin tak sedalam lautan,
namun sucinya sejernih embun.
Qalam Bertinta
Klang
07092013
1533pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment