koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 10 September 2013
PANTUN KAWIN TERPAKSA
Di tepi tebing memasang lukah,
sambil memancing idamkan kelah;
bila dipaksa untuk bernikah,
masa bersanding matanya basah.
Mencari lokan tidak berbaju,
Lokan dikaut di hari merdeka;
diam bukan ertinya setuju,
nanti takut dikata derhaka.
Naik kereta ke Simpang Lawin,
beli sekati buah delima;
tidak bercinta disuruh kawin,
mampukah hati untuk menerima?
Ke Pulau Raya pasang pelita,
menangkap belacak tepi pelabuhan;
jangan hanya memandang harta,
hinggakan anak dijadikan taruhan.
Pokok meranti di hujung kota,
daun rumbia layu dah lama;
bila hati tiada cinta,
mampukah bahagia hidup bersama?
Qalam Bertinta
Klang
09092013
1945pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment