koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 13 September 2013
~Perang~
Dari dulu hingga sekarang
sana sini ada perang
di mana-mana ujud pembangkang
walau antara sepasang kekasih
gelincir agih, hati berselisih
Perangku ini, perang rasa
perbalahan dalam jiwa
perdana akal terhakis kuasa
jentera fikir tak menjana laba
bukan...bukan mahu menjadi jutawan seni
sekadar ingin mengilang puisi diri
Aku harus berperang
aku perlu berjuang
tapi...aku bukan pembangkang.
~msa: 120913 sk443~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment