koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 8 September 2013
PETANG BERTUKAR WAJAH.
Awan hitam berarak bergulung-gulungan
di langit tinggi yang mula kegelapan cahaya
mentari menyorok di celahan dadanya.
Mungkinkah langit akan keruntuhan?
Bersama gema tangisan alam
tanpa jeritan halilintar membelah perut bumi.
Aku harus bersiap sedia bersama payung di tangan.
Sazalee Sulaiman ... 08/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment