koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 19 September 2013
Renungan pagi
...apalah yang kita harapkan dengan mengamalkan sifat suka berbohong?...bukannya dipuji malahan dicela kerana sikap yang tercela.
Orang akan meluat apatah lagi Allah SWT...pastinya Allah SWT murka dengan amalan yang tidak sihat.
Hari ini engkau berbohong, orang akan percaya tapi ingat kuasa Allah itu hebat...pasti terbuka pembohongan kita dengan sendirinya. Tak lama pun pembohongan itu berleluasa. Semalam berbohong hari ini pasti terpampang pembohongannya.
Yang malunya siapa?...dan...adakah lagi orang yang akan mempercayai apa yang kita katakan nanti?
Berbohong dan berbohong dan menambahkan lagi pembohongan ibarat menggali lubang kubur sendiri. Semakin dalam digali lubang yang asalnya cetek, akan menimbuskan dan menenggelamkan diri sendiri di dalam lubang tersebut dari keruntuhan tebingnya yang rapuh, tidak ampuh.
Renungkanlah.
Sazalee Sulaiman ... 19/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment