koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 16 September 2013
RENUNGAN PENULISAN.
Pernah saya ditegur akan ejaan HAKIKAT yang dikatakan salah ejaannya oleh seorang hamba Allah yang budiman. Dikatakannya walaupun di dalam kamus ejaannya adalah seperti yang saya tulis tetapi ejaan yang sepatutnya adalah HAQIQAT. Dikatakannya juga di ejaan jawi adalah sebegitu.
Sebenarnya kena faham betul-betul ya...ejaan penulisan dan penyebutan adalah berlainan sama sekali. Ya benar kita menyebutnya sebegitu mengikut ejaan jawi tetapi di dalam penulisan kita tulis rumi haruslah mengikut acuan DBP. Kalau kita tulis jawi haruslah diikut tulisan jawi begitu juga kita menulis dalam rumi haruslah kita menulis dengan ejaan rasmi dari DBP. Ada perbezaan di antara jawi dan rumi.
Sama juga dengan ejaan RAMADAN yang kita sebut di pertuturan iaitu RAMADHAN atau RAMADHON atau yang sama waktu dengannya. Kita haruslah menulis jika menggunakan rumi dengan sukatan rasmi DBP.
REDA juga sama. Ejaan rasmi rumi adalah REDA walau disebut REDHO.
Fahamlah ya...ejaan rumi dan jawi adalah berlainan bentuk konsonannya. Kalau kita ingin beridhamkan jawi kita tulislah dalam ejaan/tulisan jawi jika kita menulis dalam rumi ikutlah sukatan yang diberikan oleh DBP.
Terima kasih kerana mengambil masa untuk membacanya.
Assalamualaikum.
Sazalee Sulaiman ... 16/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment