koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 9 September 2013
SAHABAT
sahabat adalah cermin
membias gerak hati
ia senyum bagai mengejek
atau membakar seperti api
memberi warna merah ungu
melukis wajah
dalam seribu laku.
sahabat adalah semarak budi
mengharum nama
mewangi kasturi
aromanya segar
walau di pusara sepi.
sahabat adalah hujatan dendam
mengawet geram
kebusukan terhidu
bagai helaian buku
siapa pernah peduli
salah atau benar
ghairah di bibir onar.
sahabat adalah pintu kemuliaan
sahabat memesong lorong kehinaan
sukarnya memilih
dalam topeng
atau kesejatian yang membahagiakan.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak.
8 Sept 2013.
5.59 pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment