koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 5 September 2013
SEBELUM REDANYA RIBUT.
Datangnya ribut
si miskin mula sepakat
syiling duapuluh sen dikumpulkan
untuk didenting di mesin
darurat
yang mendatang
dicatu - dicongak
untuk menseimbangkan
harga
dicatu - dicongak
harga yang murah
mahal
dicatu - dicongak
harga yang dulu mahal
murah
dicatu - dicongak
hati termangu
kepala mula digaru.
Akhirnya
setelah puas memikir
senyuman kembali terukir
di bibir
sambil menggeleng kepala.
Kerana ... sebelum ribut mereda
dicatu - dicongak
didarab - dicampur
ditolak kembali
limabelas sen dinaikkan
pada harga
yang dulunya untuk si kaya
setelah terbukti dihitung
murah.
Tersenyum si miskin di mesin
kembali mencari
mengumpul lima sen
menggantikan
... duapuluh sen.
Tersenyum aku.
Sazalee Sulaiman ... 05/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment